Friday, October 28, 2016

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN II



Ketika saya berada dalam alam persekolahan, antara penglibatan yang berjaya saya bawa ke peringkat kebangsaan adalah dalam pertandingan nasyid. Pada mulanya, saya dan kumpulan saya telah berjaya mendapat tempat ketiga pada tahun 2011 di peringkat sekolah. Namun, pada tahun 2013 kumpulan kami berjaya meraih JOHAN pada peringkat sekolah dan terpilih untuk menjadi wakil negeri W.P. Labuan untuk bertanding peringkat kebangsaan di negeri Kedah pada tahun itu juga.

Ketika saya berada dalam alam Matrikulasi, saya telah berjaya menjadi seorang pelajar terbaik dalam bidang Perakaunan dan telah diberikan penghargaan. Selain itu, saya juga telah dilantik menjadi seorang fasilitator sebagai pengganti pensyarah untuk mengajar para pelajar supaya lebih memahami dalam bidang itu dengan lebih baik kerana saya juga merupakan seorng pelajar yang mengetahui bahawa tidak semua yang diajarkan oleh pensyarah dapat difahami dengan sepenuhnya oleh para pelajar. Maka, saya telah diberikan tanggungjawab itu. Pada masa yang sama, saya ketika itu telah menjawat jawatan sebagai seorang Majlis Tertinggi Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dalam Exco Kebajikan. Lain daripada itu, saya juga telah dilantik sebagai Fasilitator bagi minggu pengurusan pelajar baharu ketika tamatnya saya sebagai seorang pelajar dalam program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Labuan (KML).



Berikut merupakan antara sijil-sijil penghargaan yang dapat saya lampirkan  merupakan sijil-sijil yang saya peroleh dalam aktiviti dan penglibatan ketika saya berada di peringkat Sekolah dan peringkat Matrikulasi :-













Latar Belakang Pendidikan I


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LABUAN

-        Jurusan  : Perakaunan
-        Tahun    : 2013 - 2014


KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

-        Jurusan  :  Perakaunan
-        Sesi        :  2016/2017


UNIVERSITI KEBANGSAAN LABUAN

-        Jurusan   : Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
-        Fakulti    : Ekonomi & Pengurusan
-        Tahun     : 2016 – sekarang